Pada malam sebelum tibanya hari ulangtahun kelahiran ibuku yang ke-53 itu, ibuku menelefon aku.
Aku sempat bertanyakan pada nya tentang kemungkinan hadiah yang dia impikan, yang akan aku dengan sedaya upaya aku akan usahakan untuk membelinya.
Ibuku menjawab dengan suara yang tiba-tiba perlahan, mungkin sayu mungkin tidak,
"Ma taknak apa-apa. Hidup Ma sudah cukup. Tapi untuk "Raih" (nama panggilan aku), Ma nak seorang menantu"
Aku menelan air liur aku.Mengapa air liur ini menyekat kerongkong nafas aku
Ku sedut batang asap itu dalam-dalam umpama ianya nafas terakhir aku.
Ku hembuskan asap itu kuat-kuat seperti ku mahu runtuhkan tembok itu.
Suasana di sini menjadi hening.
Mujur ibuku memecahkan keheningan itu cepat-cepat, mungkin kerana menyedari ketidakselesaan aku dengan pertanyaannya itu dengan berkata,
"Raih belilah kereta baru..kereta lama tu dah buruk dah Ma tengok."
Aku di sebelah sini telefon kembali tersenyum sendiri. Mustahil ibuku dapat melihat senyuman itu.
"Insya Allah Ma, ada jodoh, ada rezeki, nanti semua akan jadi"
Dalam hati aku menjawab. Mustahil ibuku dapat mendengarnya.
Kereta baru Raih tak mampu,
Gaji Raih sikit,
Menyesal tak belajar rajin-rajin dulu.
Menantu Ma pun Raih tak mampu,
Raih tak hensem,
Menyesal tak pakai pencuci muka masa remaja dulu.

kita (lelaki) spesis terancam di malaysia.jadi kita ada market value yg tggi.jadi kita tggu org pompuan masuk meminang kita.seharusnya keadaan sekarang sudah begitu.
ReplyDeleteape nak risau. ko bukan tak hensem. muka je garang. sebab tu pempuan takut nak dekat.
ReplyDeleteko punya tulisan mmg best la raih. aku dah agak dah. tulih le banyak2 lagi. best.
ReplyDeleteuntuk nak muka yang halus,kau kena pakai masker kulit rambai.pastu makan pil kolagen soya.pastu untuk kulit yg bagus,ko makan jus pegaga.facial muka every weekend.hahahah..nasihat pondan kat aku mase UIA dulu!hahahah
ReplyDeleteyg_indah
ReplyDeleteorang utan pun spesies hidupan yang terancam,
orang utan pun rasa market value dia tinggi,
tapi pembangunan mempunyai market value yang lebih tinggi..
Anon bukan mak enon,
Anda kenal sayakah?
Aku menunggu perempuan yang berani mendekati si muka garang ini..huhuhu
Anon tanpa nama tak tahu siapa,
saya akan menulis byk2 atas dorongan kamu..
hayat aka jaja,
ya, nanti aku akan cuba..
maklumkan kulit kamu licin,
aku kira kamu lagi kiut dari bapok itu hahaha
aku selalu tengok minah salleh cium org utan dlm dokumentari.kita tak pernah lagi dicium minah salleh.orang utan lagi pupus dr kita.
ReplyDeleteseorang bukan sasterawan...
ReplyDeleteaku sahabatmu...
aku sangat mengenalimu...
yg_indah kek,
ReplyDeleteanda benar..orang utan lagi pupus dari kita..
P/s agak2 kalo kita jadi org utan,minah sallah tu cium tak kita? hahaha
Tuan Anon,
jika begitu,saya juga sahabat anda,
cuma ragu2 anda yg mana satu..
mgkn Tuan Do,mgkn Tuan Loyer,mgkn siapa ye..ade lagi ke sahabat aku..
jika anda ragu, berikan keraguanmu itu kepada Si Pencipta. Biar Dia sahaja yang memberi panduan terbaik untukmu.
ReplyDelete-marhaenemas
tuan marhaenemas,
ReplyDeletebaik..terima kasih atas nasihat tuan..
SBS:Sekiranya kita org utan, dan dicium minah salleh,aku bimbang anaknya nanti berbulu 1 badan.
ReplyDeleteyg indah,
ReplyDeletesekiranya terjadi yg sedemikian,kita tak berdosa sbb kite x berakal..huhuhu
p/s:mcmn org utan ni nak register surat beranak ank die ngan org putih tu agaknya...