Sunday, January 15, 2012

2012

Sudah 3 kali aku men'delete' baris-baris kata yang telah aku taip. Ohhh..setahun setengah bukanlah sekejap. Ianya sungguh lama sehingga aku seakan-akan seperti tidak pandai menulis langsung. Dan otakku yang menapis merasakan bahawa tulisan aku itu tidak menepati standard tulisan seorang bukan sasterawan. Dan keyakinan ku untuk mempersembahkan hasil tulisan aku juga tidak seteguh dahulu. Tapi tidak mengapa, tidak salah aku mencuba lagi kerana seseorang yang tidak memiliki apa-apa sudah tentu tidak akan kehilangan apa-apa.

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua. Semoga azam tahun baru kalian semua akan tercapai di samping azam tahun 2011 sudah terlunas sesempurna mungkin.

Aku sebenarnya tidak pernah menetapkan azam untuk suatu tahun baru. Mungkin tahun 2012 ini aku akan cuba berazam untuk kembali menulis.

Tahun 2011 merupakan tahun yang besar dan padat bagi aku. Padanya perubahan besar kepada diriku dan orang di sisiku. Dan kepadatan dan kesibukan tersebut memaksa aku meminggir laman maya ini secara kekal tahun itu. Tiada ruang yang terluang, tiada masa untuk dicuri.

Tahun 2011 atau secara tepatnya pada 18/05/2011, aku telah diizinkan oleh Allah menjadi seorang bapa. Alhamdulillah. Tiada apa yang lebih menggembirakan aku pada waktu itu ketika menyaksikan isteriku melahirkan puteriku, Khadijah Ar Raisah dengan jayanya. Walaupun sebenarnya aku rasa sedih mengenangkan isteriku yang menanggung kesakitan yang amat sangat, namun aku tahu Allah selalu bersamaku dan bersamanya yang memudahkan urusan kami semua.

Alhamdullillah..Syukur kepada Allah atas keselamatan kami semua. Tahniah kepada isteriku yang telah berjuang dengan sedaya-upaya. Memang Dinda seorang yang cekal. Semoga kita dipanjangkan umur dan bersama ke akhir hayat yang panjang itu. Amin.

Bersambung dalam episod; SBS berhenti merokok setelah 15 tahun