Monday, August 10, 2009

Aku dan minggu itu 2: Nadi yang Berbicara

Aku matikan enjin kenderaanku betul-betul di hadapan kedai itu. Nasib baik tak ramai orang menunggu. kalau tidak nanti, lama lah aku kena menunggu.

"Uncle ada ke?"
Agak kuat pertanyaan ku kepada penjaga kaunter itu yang memakai baju pagoda yang kelihatan agak ketat di badannya. Mungkin kerana aku agak sedikit mengah. Mungkin sedikit berdebar. Menantikan apa yang akan Uncle katakan pada ku.

"Ada..Lu penah datang kan..Mana kad lama?"

"Kad lama sudah hilang..Nah i/c..masih 7 ringgit lagi kan.."

"Ya, masih 7 ringgit"

Setelah menunggu dalam tempoh sekadar sebatang rokok, aku pun di panggil masuk.

Uncle masih macam dulu.. Cuma gelang emas makin banyak. Mungkin perniagaannya makin untung. Dan pertuturannya dalam bahasa Melayu juga masih agak tidak difahami, sama macam kunjungan kali pertama dan kedua aku. Dan Uncle itu meneruskan sesinya. Hasilnya selepas itu, Uncle itu berkata,

"Lu sekarang manyak jiwa kacau..Lu konfius ha..Lu tak tau mana nak pilih"

"Uncle, macam mana nak pilih?"

Uncle itu diam sebentar. Kemudian dia menyambung,

"Oooo..ada sebatang pokok..manyak dahan..manyak ranting..manyak buah..
Lu buang itu buah..kasi ranting nampak..Lu buang itu ranting..kasi dahan itu nampak..
Lu buang itu dahan, kasi batang itu nampak..
Nanti aa, itu pilihan lu, jiwa lu tak kacau lagi.."

"Saya sudah faham uncle.."

"Lu mahu preskripsi ka..?"

"Tak ape lah uncle, terima kasih."

Dalam hati aku sekali lagi aku mengucapkan terima kasih pada Uncle itu.

Masa kunjungan pertama aku kira-kira 2 tahun dahulu, Uncle itu dengan tepat mengatakan bahawa aku ada beban yang terpikul, ada kata yang tidak terucap, ada rasa yang yang tidak terluah..

Benar, masa itu aku sedang memendam sebuah perasaan, tidak tahu hendak diucap bermula dari mana, tidak pasti perasaan itu akan berbalas bagaimana..adakah pengakhirannya seperti yang sudah-sudah..akulah manusia yang membawa jiwa yang amat terbeban..

Masa itu aku tanyakan uncle itu nada agak tinggi dengan perasaan yang agak terkejut

"Macam mana uncle boleh tahu?"

Uncle itu tidak menjawab malah terus memberitahuku,

"Arini aa, sejak bangun tidur, lu sudah hisap rokok dalam 6 batang.."

Hati aku bergetus..

Mungkin betul...

"Pagi tadi aa, lu minum ais..ais tak baik minum.."

"Macam mana Uncle tahu?"
Agak keras soalan aku..Mataku tepat ke mata Uncle itu..Dengan serius dan tidak sabar..

"Nadi lu aa, sudah bagitau semua.."

Ooo..nadiku sudah memberitahu semuanya..

Nadiku berbicara..

p/s sejak hari itu, aku percaya dengan diagnosis pakar perubatan purba cina sepertimana aku percaya dengan diagnosis pakar perubatan moden dan pakar perubatan rawatan Islam..

9 comments:

  1. ko tak penah cerita pun pasal diagnosis pakar cina ni?

    -botolkicap@marhaenemas@sayabaik@omongkosong@kecohjelebih

    ReplyDelete
  2. ilmu perubatan cina juga konsepnya islamik

    ReplyDelete
  3. Apek tu kalau btl2 blh jadi penulis yg berjaya di... Cara dia kupas ttg pokok tu, pergh...Kalah hg... hehehe..

    Botolkicap:- tak kanlah sumanya adi nak citer kat ko ye tak? ko bknnya awek dia yob... Lainlah ko ada skandal dgn dia... Jeng..Jeng...

    yg_indah:- skrg ni suma benda gunakan "konsep islamik" sbg sandaran utk meraih kepercayaan org ramai, kesahihan konsep tu... Wa'llahualam...

    -Artakuz-

    ReplyDelete
  4. tuan haji botolkicap@marhaenemas@sayabaik@omongkosong@kecohjelebih,
    haah la..aku x citer kat hang sbb kt kg kerdas dulu aku tdo kat ruang tamu ngan paijo..aku cter kat die..
    p/s;sblm tdo mmg byk cerita

    sahabatku,yg_indah,
    tu baru diagnosis punca penyakit dgn baca nadi,
    tak masuk rawatan akupuntur dan herba lagi..
    p/s: Islam x larang selagi x bercanggah dengan Alquran dan Sunnah

    saudara Artakuz aka nal-
    apek tu mmg penuh dgn kata2 motivasi dan hikmah..tp cerita psl pokok tu aku dah re-phrase balik..kalu aku amik bulat2, mesti pokok tu mati kering huhuhuh
    p/s: terima kasih nal sbb tolong jwb skali komen2 pengkomen di atas..
    blogku blogmu jua, dewimu dewimu sorang saja

    ReplyDelete
  5. kiranya kamu salah seorang daripada pelanggan tetapnya..?

    ReplyDelete
  6. nafastari,
    tidak lah dikira sebagai pelanggan tetap..ini baru kunjungan ke-3 dalam 2 thn..
    sbb selalunya aku lebih suka diagnosis di situ tp ubatnya aku amik homoepathy..
    p/s:kalau tidak silap,pakistan adalah salah satu negara pengamal homoepathy terbesar dunia..

    ReplyDelete
  7. sbs, blogmu blogmu jua, ake sekadar tetamu di alam maya, pengikut setia coretan blog karanganmu...

    p/s:dewiku tetap dewiku seorang... Hehehe...

    -artakuz-

    ReplyDelete
  8. kelisa_samudera
    oo..dah 10 hari rupenye aku x post entry baru rupenye..
    nnt aku post :-)

    ReplyDelete