Sunday, August 23, 2009

Aku dan Hikayat Sang Guru

"Nanti kalau hamba sudah tiada nanti, tuan hamba janganlah bersedih hati dan bermuram durja" kata Si Merah kepada Si Hitam sambil menangis air mata bercucuran umpama kerandanya sudah dibawa.(perumpamaan klasik cina: apabila keranda sudah dibawa, barulah bercucuran air mata)

Dan Si Merah meneruskan amanatnya,

"Mungkin hamba sudah tiada di sisi tuan hamba nanti, tetapi hamba harap pengajaran hamba kepada tuan hamba selama 11 purnama yang lalu akan tuan hamba ingat baik-baik yang mengamalkannya tanpa rasa jemu"

Si Hitam menggangguk-angguk kepala dalam kesayuan seraya membalas,

"Baiklah Guru, hamba berjanji hamba tidak akan bersedih hati. Lagipun kepemergian Guru sepurnama ini bukanlah suatu yang lama. Lagipun bukannya Guru pergi tidak kembali. Hamba bersumpah hamba akan menuruti ajaran Guru dan mengamalkannya tanpa rasa jemu. Hamba tidak akan sesekali mengecewakan Guru,"

Setelah mengambil nafas panjang, Si Hitam menyambung kata,

"Guru boleh menilai prestasi hamba sekembalinya Guru pada bulan Syawal nanti"

Si Merah tersenyum bangga dengan sumpah janji anak muridnya itu

Dalam hatinya bergetus

"Barulah aku boleh berlapang dada selama sebulan ini walaupun aku akan dibelenggu dan direjam kerana aku yakin pasti Si Hitam, hawa nafsu itu sudah boleh berdikari Hahahahaha"

Catatan penulis: Kekadang kita banyak menyalahkan syaitan dalam kejahatan yang kita lakukan padahal kekadang nafsu kita yang sedia ada yang gagal kita kekang.
Selamat Melatih Nafsu di Madrasah Ramadhan!

5 comments:

  1. hehe si merah & si merah.tapi aku berpegang pada pendapat si merah tak di"penjara".

    ReplyDelete
  2. woi woi aku baik la.buktinya?aku xdipenjara pun lani.huhuhuhu (gelak cara SBS)

    ReplyDelete
  3. tuan yg_indah,
    aku berpegang pada pendapat si merah mmg dipenjara..kejahatan di dunia yang masih wujud ini akibat dari anasir wakil dan saki baki kejahatan durjana itu dari kalangan manusia dab jin yang bertitik noda hitam hawa nafsu dalam jiwanya..

    p/s:segala kejahatan yang bersumber langsung dari syaitan lemah di bulan ramadhan ini


    tuan KS,
    saudara kita yg_indah tidak sesuai menjadi si merah itu kerana dia bukanlah penyokong Red Devil huhuhuhu...

    yg_indah,
    hang x di penjara rupanya..tu la bukti pendapat hang si merah tidak dipenjara bulan pose ni hahahaha

    ReplyDelete
  4. aku bersetuju dgn pendapat SBS. si merah mmg dipenjarakan di bulan ini. tapi tu pendapat masing2. masih lagi boleh dihujah.

    ReplyDelete