Friday, August 28, 2009

Aku dan Sahabat Yang Dilupai

Petang itu, cuaca agak dingin. Natijah daripada hujan tidak henti dari pagi tadi. Aku yang sampai agak lambat juga membetulkan tali leher yang dipinjam daripada rakan serumah, Zainal aka Artakuz pagi tadi. Entah, pinjam ke curi ke aku pun tak tahu. Nak kata pinjam, aku tak minta izin dan dia pun tidak tahu. Nak kata curi, nanti aku akan pulangkan dan dia akan kata dia tidak kisah asalkan tali leher tu bukannya tali leher Suave pemberian istimewa isterinya.(kalau tak silap aku ).

Aku pula bukannya kekurangan tali leher sebenarnya. Cuma tali leher aku yang jumlah 14 semuanya itu aku sangkutkan elok-elok kemas-kemas di suatu sudut bilik di pejabatku dan bukannya di sudut bilik di rumahku. Makanya jika adanya tugasan pagi yang tidak memungkinkan aku masuk ke pejabat untuk mengambil tali leherku, tentu saja tali leher sahabatku itu yang menjadi korbannya.

Aku berjalan menaiki tangga agak perlahan sambil membetulkan lengan baju yang agak kebasahan. Aliran air hujan menuruni tangga itu mengakibatkan tangga itu agak licin.

"Alhamdulillah, sampai juga aku walaupun tadi hujan agak lebat," getus hatiku sambil sekilas memandang Honda EX5 2001 ku yang diparkirkan di tengah kelebatan hujan sebelum menyertai perkumpulan manusia yang berkelengkapan pakaian hitam putih yang datang bertatacara menyelesaikan masalah yang bukannya masalah mereka yang sebenarnya tiada bezanya dengan aku.

Dan aku yang agak tergesa-gesa terserempak dari kejauhan dengan satu wajah manis yang tidak asing. Rakan sekuliahku sejak daripada pusat matrikulasi lagi. Dari jauh lagi, wajahnya yang putih-putih yang pernah menjadi kegilaan rakan karibku itu sudah melemparkan senyuman.

Setelah dekat dan berselisih, dengan suara yang agak kuat dan tegas dia menyapa "Hai, Hadi"

Dalam tergesa-gesa aku membalas sapaannya.

Dan tiba-tiba hati aku tersentak.

Langkahku terhenti. Agak lama aku berhenti di situ. Dan memusingkan badanku menoleh ke arah dia tadi.



"Rupanya aku ada kawan bernama Syukri Mansor!"




8 comments:

  1. ni hang jumpa sapa? jumpa Syukri Mansor ka jumpa bini dia?

    ReplyDelete
  2. ni aku jumpa bini dia..kalau jumpa dia aku peluk dia, tapi kalau jumpa bini dia takkan aku nak peluk bini dia huhuhuhuh

    ReplyDelete
  3. hang ni lambat pikap la sopi.waktu adi tulis:"wajahnya yang putih-putih" tu aku tau dah org tu bukan koi.hahahaha.Koi jgn marah.Bukan lupa tu,kita kesibukan saja.

    ReplyDelete
  4. Hahaha... Patutlah aku rasa tie aku kejap jadi sedikit, sekejap kembali pada yg asal bilangannya...(Dalam kebanyakkan masa sedikit aje...) Huhuhu...

    Err... Di, sblm wife aku ngamuk, biar aku buat pembetulan, tie suave tu aku beli sendiri, BUKAN pemberian sesiapa pun, yg dihadiahkan pd aku cuma yg kotak2 n yg kaler biru/purple tu...

    -Artakuz-

    ReplyDelete
  5. yg_indah,
    mungkin aku kena tambah satu sifat orang yang aku jumpa tu..mungkin jantinanya..
    nak cerita lebih2 nnt koi jeles huhuhuh
    p/s:dah ada blog baru kita tak lupa sesama kite..

    artakuz,
    ye la..ptg ni aku bwk blik tie2 hang...
    tie suave tu bkn ke kekasih gelap hang yg hadiahkan hahaha
    p/s:dewi jgn marah..sy bergurau je..enal ni setia orgnye..

    ReplyDelete
  6. alamak... tersentuh hati saya... maaf kawan2 kerana sudah lama menyepi... bukan menjauhkan diri, tapi keadaan kerja yang memaksa saya begini...

    ReplyDelete
  7. insan biasa,
    kami memahami,sebab itu kami memaksa kamu mmembuka blog hhuhuhuh..dengan harapan kami tidak terlupa kamu..hahaha

    saudara zulkifli,
    terima kasih atas kunjungan anda..
    ada masa kunjunglah lagi..

    ReplyDelete