Monday, August 3, 2009

Aku dan Hikayat Sang Penghikayat

Arakian tersebutlah kisah, berlaku nyata di pinggir sebuah negara pada tahun H1N1 yang ada segolongan penduduknya berkumpul beramai ramai untuk memansuhkan penggunaan pisau yang kata mereka amat merbahaya kepada mereka dan mereka bersurai selepas mata mereka pedih dimasuki gas dan air-air gatal sedang adakah mereka tidak menyedari bahawa nama tuhan mereka sedang direbut orang berniat jahat yang memijak kepala mereka...

Sedang Penghikayat itu duduk diam di tebingan sungai itu menanti kedatangan teman karibnya Pemfiksyen, sambil menghembuskan asap dari batang yang merupakan antara sumber penyumbang terbesar Israel dalam usaha-usaha menindas Palestin dan Palestin tidak juga bersatu-padu walaupun ditindas sambil mundar-mandir dalam ritma,

Hisap....hembus....mundar
Hisap....hembus....mandir
Hisap...mundar
Hembus...mandir

Hisap...tak hembus-hembus
Mundar...tak mandir-mandir,

Teman karibnya, Pemfiksyen sudah tercongok di depan sambil bertanya,
"Wei, gua tengok lu gelisah semacam je apahal..nak kate lu tolak kucing senah jatuh pokok sampai mati, kucing senah tu memang dah mati atas pokok,"
"pastu dari jauh gua tengok lu kejap macam hepi, kejap macam sedih"

Penghikayat diam..Mengimbau kenangan silam..

Hembus...tak hisap-hisap
Mandir..tak mundar-mundar

dan berkata,
"Hari ini aku ditolak oleh seorang wanita,"

"Itu gua tahu memang pedih..Sebab tu gua tengok lu sedih"

"Kenapa dia tolak lu?"
"Sebab lu muka hodoh ke?"
"Ke sebab lu miskin?"
"Sebab lu serabai?"

Hisap..(rokok dah abis..nanti beli lagi kat kedai Babu)
Mundar...(kaki dah penat..baik kaki penat semayang sunat dari kaki penat mundar-mandir)

"Tak, dia tak tolak aku sebab aku muka hodoh "
"Bukan juga sebab aku miskin walaupun tahap pengemis"
"Juga bukan sebab aku serabai"

"Dah tu dia tolak lu sebab apa?"

Dia tolak aku sebab,
pertama aku merokok,
kedua aku makan bersepah,
hanya sebab-sebab itu dia tolak aku..
Sebab tu lah aku kejap-kejap macam gembira..

Hahaha, tu dia belum tengok lu hisap rokok bersepah lagi ,macam sekarang lagi ,
dan Gua tengok perasaan lu dah macam longkang sebab lu selalu lepak tepi longkang ni..











8 comments:

  1. Hg ni mcm lalok aje di...
    Hg dah kena penangan si piyapong tu ke? Hehehe...-Artakuz

    ReplyDelete
  2. si perempuan itu menolak ko kerana merokok dan makan bersepah? apa lagi, ko tolak perempuan tu biar dia jatuh longkang. hahah

    ReplyDelete
  3. Artakuz aka nal,
    hahaha, aku mungkin lalok tapi lebih kepada mengantuk,aku pekena ubat selsema...

    p/s jangan mengendalikan mesin-

    Tuan Anon,
    hahaha,kalau seorang bukan sasterawan ini adalah Sang Penghikayat itu, mgkn saja tindakannya adalah sama..
    Tapi ini adalah hikayat..cerita Sang penghikayat bukan cerita seorang bukan sasterawan

    p/s Cerita ini adalah rekaaan,tiada kaitan dgn seorang bukan sasterawan samada semasa hidup atau pun mati nanti walaupun sekarang tengah mengantuk lagi..
    p/s 2:seorang bukan sasterawan tidak lagi berjiwa sulit.

    ReplyDelete
  4. Aku tmpg gembira kerna jiwamu kini tidak lagi sulit... Hahaha.... Bravo2... -Artakuz

    ReplyDelete
  5. adakah sang penghikayat adalah mimpimu yang tidak tidur? atau dia cuma menjelma di kala seorang bukan sasterawan sangat2 menginginkannya?

    seorang bukan sasterawan tidak lagi berjiwa sulit. adakah "dia" sudah terjelma indah di hadapan matamu?

    -marhaenemas

    ReplyDelete
  6. tuan marhaenemas,
    kisah sang penghikayat bukan mimpiku yang tidak tidur..malah mimpiku yang tidak bangkit-bangkit..cerita rekaan semata yg masuk ke dalam jiwaku mengalir ke jari..terlahirlah paparan masuk ini..
    "dia' yang menjelma indah di hadapan mata ini sejak lama dahulu antara yang menyulitkan jiwa hahaha

    ReplyDelete
  7. mungkin hang kena tukar propesyen.

    ReplyDelete
  8. yg indah,
    mungkin, sbb selama ini aku memang anti-fesyen..
    p/s: maksud hang aku kene jadi ape..getah murah skrg ni huhuhuh

    ReplyDelete