Wednesday, July 29, 2009

Aku dan ibuku: satu penghargaan

Semalam ialah ulangtahun kelahiran ibuku yang ke-53..
Aku sebenarnya sudah lama bercadang untuk menghadiahinya satu kerongsang.
Namun aku buta kerongsang..
Tidak berupaya membezakan kerongsang berharga RM 25 dengan yang berharga RM 250

Makanya Ahad hari minggu yang lepas aku mengajak seorang teman aku rasa mampu menolong aku untuk memilih kerongsang yang istimewa buat ibuku.
Namun aku juga menghadapi kesulitan.
Dia ini banyak bertanya
Macam-macam ditanyanya. Jawapannya aku tidak tahu..
Aku bukan penjahit tudung ibuku untuk mengetahui warna-warna tudung ibuku
Aku juga bukan neng yang menggosok tudung ibuku
Aku juga sudah lama tidak balik ke rumah..
Mungkin ibuku dulu suka pakai tudung ungu tapi sekarang mungkin dia suka pakai tudung hijau tua..
Mungkin ibuku dah buang tebiat sekarang suka pakai tudung pink ke, merah menyala ke

Untuk lari daripada kesulitan itu, aku melontarkan cabaran kepada teman ku itu..
Cabarannya ialah jika dia mampu memilih kerongsang yang disukai oleh ibuku, maka dia akan disukai oleh ibuku.
Aku lihat peluh sudah keluar di dahinya!
Air muka nya bertukar serius!
Di hadapnya gerai kerongsang itu dengan penuh fokus..
Aku juga sudah di abaikannya..

Aku sempat dalam pengabaian itu pergi ke surau untuk berzohoran.
Selepas solat aku terfikir,
"Kenapa aku bersusah payah untuk menghadiahi kerongsang untuk ibuku sedangkan aku mampu menghadiahkan pemilih kerongsang itu kepada ibuku?"

4 comments:

  1. Biasanya fikiran selepas solat itu yang benar2 saja... Baik kamu ikut saja kata2 di fikir kamu itu. Pilih je pemilih keronsang cepat2, tamat cerita!

    Tapi jangan kau tamatkan blog kamu yang semakin menarik dan mendebarkan ini. Hehee...

    ReplyDelete
  2. kahkahkahakah hang hadiah kerongsang dan pemilihnya.kerongsang rm250,pemilihnya mungkin sampai rm10k.kahkahkahkah

    ReplyDelete
  3. kau amik je penjual keronsang tu(minah indon tu)hahahhaha.

    ReplyDelete
  4. Saudara Nafastari,
    Terima kasih banyak sahabat atas nasihat anda..
    Saya sedang berusaha ke arah merealisakan pilihan itu..
    Dengan sokongan dan galakan saudara,saya akan terus menulis..
    p/s:selalunya cerita sedih lagi seronok di baca dari kisah gembira

    yg_indah ket,
    hahaha,kerongsang tu aku beli yg RM 120,
    hantaran tu dia kata RM 8k..
    p/s aku kena gigih menabung la lepas ni hahaha

    hayat aka jaja,
    kalau minah indon penjual kerongsang tu secantik semacam manohara, apa salahnya..huhuhu

    ReplyDelete