Wednesday, July 8, 2009

Aku dan profesyenku

Hari ini, seperti hari-hari sudah, perkara pertama yang aku lakukan setiba aku di pejabat pembayar gaji bulanan aku ini ialah membaca tulisan manusia-manusia yang tertera di layar piksel komputer peribadi ini walaupun pukul 9 pagi aku sampai ataupun pukul 11 pagi aku masih di rumah masih menjerang air menggunakan cerek eletrik hasil peninggalan Masri yang telah berpindah ke Melaka untuk menjadi pegawai suluh mahkamah syariah di sana yang dengar khabarnya akan menjadi raja sehari pada satu hari di bulan sepuluh untuk membancuh air milo yang sedap dicicah dengan biskut kering yang aku sudah lupa bila aku belinya dan tarikh luputnya juga aku tidak tahu kerana plastik pembungkusnya sudah aku buang semasa aku memasukkannya ke dalam dalam tin seingat aku 10 bulan yang lepas semasa keluarga aku datang ke rumah aku untuk menghadiri konvokesyen adik perempuan aku di sebuah universiti untuk mengelakkannya daripada dimasuki angin dan menyebabkannya kurang rangup.

Ada seorang kawan namanya yg_indah bercerita dalam blognya tentang kebosanannya dalam beramal dalam profesyen ini. Dan disokongnya cerita kebosanannya dengan pendapatan yang tidak lumayan tidak seperti yang dijangka oleh masyarakat. Juga disentuhnya sedikit jiwa kacaunya yang hari-hari hanya berhadapan dengan masalah orang sedang dirinya juga ada masalah.

Aku juga menghadapi yang sedemikian. Namun satu adegan dalam Boston Legal terus-terusan memberi aku harapan dan impian untuk terus kekal dalam arus ini.

Dua orang rakan kongsi duduk di kerusi malas di beranda firmanya sambil memerhatikan cahaya meriah malam di bandaraya itu. Sambil menghisap cerut buatan Cuba dan mendongak kepala menghembus asap yang keluar membulat-bulatan seorang daripadanya berkata

"weh,kau tak rasa pelik ke sekarang firma kita yang kita mulakan dengan hutang ini pada waktu kita bukan siapa-siapa dan tiada apa-apa mengendalikan satu kes yang besar, liputan media yang meluas, menjadi buah mulut orang satu Amerika laknatullah ini, dan kita tidak terlibat dengannya"

Seorang lagi yang perutnya agak buncit sambil meneguk air kencing syaitan berwarna merah itu ketawa terbahak-bahak dan berkata,

"mungkin masa kita telah berlalu"

selepas meneguk lagi dia menyambung bicara lagi,

"tapi mengapa kita harus rungsing..kita tetap akan menjadi semakin kaya"


8 comments:

  1. Jadi, kamu juga berharap dan bermimpi untuk menjadi semakin kaya? Ok, boleh hisap cerut buatan Cuba, tapi air kencing syaitan berwarna merah itu?!

    Tapi aku tidak faham apa-apa tentang dunia kamu. Tidak sempat berpijak kaki di situ, terjatuh ke dunia yang lain. Tidak mengapalah.

    All the best my friend, my bro!

    ReplyDelete
  2. sebenarnya aku sudah belajar sesuatu. apa yg aku bljar ialah: kita bukan cari kekayaan sesungguhnya dalam dunia ini.kita cari ketenangan.kalau kaya sekalipun tapi xtenang, tiada guna.aku xboleh mengajar org memahami benda ni,tapi harus dipelajari sendiri

    ReplyDelete
  3. Sahabatku,Nafastari
    Terima kasih sudi menjenguk dan menitipkan kata pendapat..Aku rasa terharu..
    Sebenarnya cerita aku itu bukanlah mengenai cerut Cuba itu,juga bukan tentang air kencing syaitan itu,jauh sekali mengimpi menjadi kaya..
    Juga bukan tentang cerek Masri juga bukan kerana biskut kering..
    Yang cuba aku utarakan ialah mengenai bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian..kejayaan yang datang dengan harga sebuah pengorbanan..


    Sahabatku yg-indah
    Benar,bukan kekayaan yang kita cari..Kekayaan itu hak Allah..kita hamba hanya mampu berusaha dan bertawakal..agar dianugerahkan sedikit kesenangan..
    (aku akan mengupas persoalan ini dalam entry ku yang akan datang insyaAllah)

    ReplyDelete
  4. I did watched that episode,
    mmg berangan-angan la jugak
    bestnyer satu hari nanti jadi bos...
    menjadi tua dan buncit menikmati kekayaan hasil kerahan tenaga staf-staf yang kerja mcama nak mampus...

    Harap aku tak terjebak dengan Persatuan Bos-bos Dibenci Staff

    ReplyDelete
  5. sahabatku razz,
    syukur kamu juga menonton episod itu,
    tidaklah nanti aku dituduh mereka-reka cerita untuk menyedapkan cerita aku..
    aku yg belum bos pun sudah buncit hahaha

    Aku harap aku tak terjebak dgn persatuan pekerja2 dibenci bos

    ReplyDelete
  6. woi.. hehehe. just droppin sum hoops. Hehe bercakap diluar pula saya.

    ReplyDelete
  7. benign,
    nice to meet you fish..as far as i concern,i dont mind as long as you not dropping bomb hahaha..
    bahasa inggerisku berterabur, apatah lagi untuk belajar sains dan matematik dengannya..

    ReplyDelete
  8. aku kurang setuju dengan pandangan itu.seharusnya kita tak perlu menjadi LEGAL ASSISANT hingga mati.tetapkan matlamat suatu hari nanti,akan buka firma sendiri,dan rezeki insyaAllah datang mencurah-curah!

    ReplyDelete