Monday, July 13, 2009

Aku, Dr Fathi Yakan dan MJ

Semalam, cukup sebulan kepemergian Dr Fathi Yakan ke rahmatullah. Aku sudah lupa sudah berapa kali aku sedekahkan Al-Fatihah untuknya dalam jangka masa sebulan itu..

Sepertimana peminat-peminat MJ yang yang bagai gila menonton berulangkali klip-klip video selepas kematiannya, begitu juga aku bagai gila mengkhatamkan berulangkali karya Allahyarham "Apa Ertinya Saya Menganut Islam" hingga lunyai bukunya itu..

Dan juga sepertimana peminat-peminat MJ yang menyatakan bahawa hidup mereka dari kecil hingga ke besar dicorakkan dengan muzik MJ, aku juga menyatakan bahawa permulaan asas tarbiyyah yang aku kenali dan aku fahami bertitik tolak daripada karya Allahyarham itu..

Aku juga tahu bahawa seramai-ramai manusia yang mengenali MJ dan mendengar lagunya , tidak ramai yang mengenali Allahyarham Dr Fathi Yakan dan membaca bukunya..

Namun, masih belum terlambat bagi kita untuk mengenali Allahyarham..karya beliau masih begitu menunggu kita membaca dan memahaminya..

Semoga kita semua memperoleh rahmat Allah selalu..Amin

p/s aku titipkan link bagi buku tersebut untuk pemahaman bersama
http://www.al-islam.com/articles/articles-m.asp

3 comments:

  1. aku suka konsep hg ni.lain dr yg lain...

    ReplyDelete
  2. hmmm
    silibus kolej terrorist itu
    :(

    ReplyDelete
  3. yg_indah,
    konsep aku ini tidak membawa aku ke mana pun huhuhu

    alangtghbirukundang,
    sy kurang mengerti maksud saudara..bolehkah kiranya di kupas pendapat saudara itu..

    ReplyDelete