Wednesday, July 8, 2009

Aku dan sistem pesanan ringkas

Kadang-kadang hasrat sebenar tidak sampai setepatnya

Yang boleh menimbulkan perselisihan yang tiada sepatutnya

Kata-kata nasihat berbunyi seperti kata-kata berbaur sindiran

Gurauan dinilai sebagai ejekan kata nista.

Minta bantuan kedengaran seperti arahan dari atasan..

Apatah dari kalangan golongan yang bezanya terzahir

Dari segi georgrafi ataupun latar belakang pendidikan.

Kesudahan yang terhasil semacam si ayam bertutur dengan si itik


Namun bagi orang yang bukan jenis yang menzahirkan kata perasaan dalam hati,

Inilah caralaku yang amat cocok,

Tidak bersangkutan dengan debar hati membawa ke lidah,

Tidak bersangkutan dengan derau darah membawa ke muka

Tidak juga bersangkutan dengan keringat dingin meleleh di ujung dahi.


Walaupun begitu, segalanya mesti diguna sebaiknya,

Kata-kata mesti tepat,padat dan difahami,

Juga tidak terdedah kepada sebarang takwilan,

Sebaiknya kata-kata mesti beserta dengan hati,

Perasaannya mesti timbul sepadan dengan intonasi,

Agar segala yang diluahkan tidak disalaherti sebagai gurauan,


Sedang sesetengah penerima menganggap penerimaan itu tiada kesungguhan,

Kerana pengucapannya tidak menembusi kalbu untuk melekat padanya

Maka kebarangkalian itu untuk berjaya juga amat bergantung kepada tuah.

Bersedia sahaja hadapi suatu kegagalan..

3 comments:

  1. saudaraku nafastari,
    kekadang ada perkara yang perlu bersemuka dan berbincang dari hati ke hati!

    ReplyDelete
  2. yang penting bila berbincang ialah satu renungan mata yang jujur serta tulus-yang dapat meredakan segala amarahnya.itu yang tiada pada sms.

    ReplyDelete