Tuesday, July 21, 2009

Aku dan pilihan yang tidak terpilih

Sedang aku ialah seorang lelaki dewasa cukup umur dan berakal waras, maka aku walaupun adalah seorang yang kurang berilmu yang memungkinkan aku bersifat lemah pegangan, kurang pertimbangan dan cetek pengetahuan, namun aku masih lagi seorang yang merdeka yang memenuhi setidak-tidaknya keperluan dan kehendak pra-syarat minima undang-undang buatan manusia duniawi dan juga undang-undang Tuhan untuk membenarkan aku sekurang-kurangnya mempunyai hak untuk sekurang-kurangnya membuat satu pilihan.

Sedang aku juga adalah berpendirian dengan pegangan golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka aku bukan lah berpendirian Jabariah yang menyatakan bahawa segalanya adalah telah ditentukan oleh Tuhan di Azali dan juga aku bukan berpendirian Qadariah yang menyatakan bahawa segalanya adalah ditentukan oleh tangan dan usaha sendiri. Aku secara sedar memahami bahawa dalam ketentuan Tuhan atas perkara yang berlaku pada kita, kita adalah diberi pilihan untuk menentukan baik buruk atas keputusan dan pilihan yang kita ambil.

Tetapi mengapa pada akhirnya, dengan segala kesedaran dan kefahaman ini, aku telah membuat pilihan untuk tidak memilih?

4 comments:

  1. tidak memilih juga satu pilhan yg telah dipilih

    ReplyDelete
  2. yg_indah,
    benar, tapi ianya adalah pilihan yang tidak mengubah apa-apa..

    ReplyDelete
  3. sulit la mu ni..sebenarnya wanita ini ibarat seperti jam-jam yang dijual di Petaling Street.Kalau sekadar bertanya harga,ianya tidak ke mana.pilihlah yang mana berkenan,dan tawarkan harganya.dan ianya tamat begitu!

    ReplyDelete
  4. hayat aka jaja,
    menyayangi jam, jam tidak akan menyanyangi kita,
    menyayangi wanita, wanita akan kasih cinta dan sayang pada kita..

    ReplyDelete