Tuesday, July 21, 2009

Aku dan jiwaku yang sulit tidak sudah-sudah

Sewaktu aku menulis paparan masuk ini, aku sebenarnya sedang bersemuka secara maya siber berbual dengan taipan dengan seorang kawan baik 'dia' yang amat prihatin kepada 'dia' seorang kawan baikku.

Dia bertanyakan kepadaku tentang sesuatu yang aku tidak dapat menjawabnya, tentang aku dan 'dia', kawannya itu yang amat diambil berat olehnya, seorang dari kisah masa depan.

Aku dan jiwaku yang sulit tidak sudah-sudah ini aku rasa amat menyulitkan perbualan. Harap dia tidak tersulit dengan caraku dan gayaku. Ku hulur kemaafan jika dia terlanjur terbeban dan tersulit

Aku memulakan jawapan bagi persoalan pembukaannya dengan soalan juga,

"Adakah cinta boleh berputik tanpa pernah bertemu?"

Dia tidak menjawab malah bertanya kembali..

"Kenapa awak tidak pernah jumpa 'die'",

Aku jawab bahawa aku tidak pernah mengajak 'dia' berjumpa. Dan aku juga yakin 'dia' tidak akan seberani itu untuk mengajakku berjumpa sahaja-sahaja mana-mana bila-bila tanpa sebab dan alasan yang kukuh.

Dan aku menerangkan bahawa aku sebenarnya memerlukan satu kepastian sebelum berbuat sesuatu.
Dan kepastian itu bukan daripada 'dia' sebenarnya, tetapi lebih kepada kepastian daripada jiwaku yang sulit tidak sudah-sudah ini.

Dia menyatakan bahawa golongan berjantina sepertinya tidak suka untuk menunggu juga tidak gemar bertarik tali segala.

Aku menyatakan bahawa aku memahami dan sedar akan apa yang dinyatakan dan berteima kasih kerana mengingatkan aku.

Dan aku juga berterus-terusan untuk memahamkan dia akan jiwaku yang sulit tidak sudah-sudah ini dengan berkata,

" aku bukan jenis seorang yang mungkir janji, makanya aku selalu berhati-hati membuat janji.."

aku teruskan lagi

"aku bukan jenis yang mudah jatuh cinta, tapi kalau dah jatuh cinta, aku akan cinta sepenuh hati"

"bukan excuse yang aku beri, aku memang begini"

"cuba tanya teman lelaki kamu yang mengenali aku, apakah bezanya aku dengan orang lain yang dia kenal..
(dalam hati aku, aku menjawab, bezanya aku mempunyai jiwa sulit yang tidak sudah-sudah)

ooo..so u takut ape?

"aku tidak takut apa-apa..cuma menunggu masa yang akan tiba itu tiba"

"dan aku juga tidak berjanji masa yang akan tiba itu pastinya akan tiba"

Takdir?

"Kita berusaha, Tuhan menentukan"

"Kekadang ada perkara bukan di bawah kawalan kita"

"Tangan bertepuk dua-dua belah tangan pun kekadang tidak berbunyi"

"Inikan pula belum bertepuk"

i just want 'her' to be happy
(Aku terharu melihatkan sifat sahabat baik 'dia' itu yang begitu baik dan prihatin serta mengambil berat tentang perasaan 'dia'. Sukar untuk mencari sahabat sebegini di akhir zaman ini.)
"Being a good friend will make a person be a good husband/wife, a good parent, a good child and a good whatsoever relatioship that exist in this world"

Dan aku dan jiwaku yang sulit tidak sudah-sudah ini juga membalas
"i also want 'her' to be happy"

13 comments:

  1. KALAU JODOH, TAK USAHA PUN BOLEH JADI.BETULKAH?

    ReplyDelete
  2. Pun boleh juga kalau ada pihak2 lain yg mengusahakan bagi pihak kita...-Artakuz-

    ReplyDelete
  3. yg pasti perlu lah USAHA dan Tawakal kan?

    ReplyDelete
  4. Kamu memang seorang yg berjiwa sangat sulit! Tapi aku sangat menghormati dan mengkagumi penidirian kamu yang sangat sulit ini. Cuma aku rasa jodoh itu sangat unik, ia akan datang jika tersurat ia datang.

    ReplyDelete
  5. ko mmg sgt sulit mcm selulit kat perut hayatuddin.

    ReplyDelete
  6. aku rasa mamat ni sembelit.hahahha..sembelit dalam hati!najib,pesal perut aku menjadi mangsa?apekah kesan chicken pox mu dah ilang?

    ReplyDelete
  7. yg_indah,
    betul,tp terjadinya itu berpadanan dengan tiada usaha itulah..
    kalau dengan usaha, terjadinya itu mungkin lain.

    Artakuz,
    benar, sanggupkah kamu mengusahakannya untuk aku?

    green apple,
    tepat sekali, mungkin usahaku nanti melalui kamu dan tawakalku ini pada Yang Esa!

    nafastari,
    aku tidak pasti sebenarnya adakah jiwaku sedia ada sulit atau akukah yang menyulitkan jiwaku..
    aku tertanya-tanya akan keunikannya dan aku ternanti-nanti suratannya..

    mr o,
    aku tidak pasti adakah ianya sesulit selulit itu..yang pasti ianya bukan selulit aku hahaha

    hayat,
    nanti aku akan cari julap hati..Tapi bagaimanakah rupanya?

    green apple,
    bahagianya mr o..huhuhuh

    ReplyDelete
  8. epal ngan mr o gile gile remaje..cemburunye aku pada kisah cinta mereka berdua!

    ReplyDelete
  9. Bongok la jaja... kita nie masih lagi golongan remaja ke?

    ReplyDelete
  10. kire remaja la..kan kita baru habis form 5..ko dah isi borang UPU lum?hahah.aku dah isi,pilihan pertama aku USM,aku mintak dentist!ko eva?

    ReplyDelete
  11. aku minta UM... nak jd DR bedah paru paru .. kekekekeke~

    ReplyDelete
  12. hayat n greenapple:
    apa lah yang bebudak remaja cerdik pandai masa depan cerah bercita-cita besar ni melalut kat blog orang dewasa ni huhuhuhu..

    ReplyDelete