Monday, September 7, 2009

Aku dan Talaan Hebat Bermutu

Aku sudah terbayang makanan-makanan kegemaran aku yang akan aku perolehi petang nanti. Usah bertanya tentang pembuka hidangan dahulu kerana pembuka puasa sendiri sudah beratur-atur berderet-deret menunggu untuk ditala.

Bermula dari segala macam manisan bermula dari buahan kurma sehingga lah kuih bernama tok aji serban , lompat tikam dan mati bunuh minum racun. Setia menunggu untuk di jamah ditemani dengan bermacam air yang aneh-aneh namanya seperti tuak, sirap dan cendol.
(orang pantai timur memanggil air nira sebagai air tuak dan air tuak dikenali sebagai air kencing syaitan betina)

Bermula dari pembuka selera yang mungkin adalah ketupat sotong yang berharga semahal RM 3.50 seekor walaupun sekecil penala budak tapi tetap rasa berbaloi kerana kesedapannya.

Aku tidak merasakan bahawa ianya akan menjadi satu beban kewangan kepada ku lantaran kemiskinan kerana walaupun kepala jenahak asam pedas baba nyonya itu lebih RM 20.00 ataupun manisan di raja sebagai pencuci mulut itu RM12 semangkuk kecil kerana perolehan aku petang nanti adalah hasil ihsan rakan serumahku yang tidak putus-putus bersyukur sejak sekembalinya pagi tadi dari bermalam di rumah isterinya.

Sekembalinya tadi, dia dalam keadaan yang amat gembira. Tergambar dari raut wajahnya, terlahir dari ungkap katanya. Memang dia amat gembira!

Dan aku terus mengucapkan tahniah pada,

"Tahniah, memang selama ini aku tahu talaan kau hebat dan bermutu!"


8 comments:

  1. Kini terbuktilah bhw sahabatku ini mmg seng** orgnya... Ini pun blh jadi modal utk entry ni...
    Takde modal lain ke di? Sepetang di sabak bernam ke? Seplastik kuini yg harum harumannya ke...
    Ish2...

    Apa pun terima kasih atas ucapan itu...
    -Artakuz-

    ReplyDelete
  2. hahah aku tengok bulu dada dia pun aku tau dah talaan dia mmg hebat.tambhan pula setelah ditakung lama-lama.mmg berapi perginya.

    Dan pertanyaan dariku: Kita bila la nak menala ni?

    ReplyDelete
  3. Artakuz,
    Perkara ini adalah perkara besar untuk sahabatku makanya adalah menjadi perkara besar untukku..
    Cerita sepetang di sabak bernam itu serta kuini itu terlalu besar dan gah bagi blogku yang kecil ini..layaknya hanya di hatiku!

    yg indah,
    hahaha..itu baru bulu dada die...huhuhuhu

    p/s:petang ni teringin nak tala bubur lambuk kg baru.tala lain, lain hari hahaha

    ReplyDelete
  4. SBS:hg dah tgok ka selain bulu dada dia;)?aku yg dok dgn dia 8thun lebih pun xtgok lg selain blu dada dia wooo

    ReplyDelete
  5. aku memahami talaan artakuz. lebih sedap dari menala ayam percik.

    ReplyDelete
  6. KS:kau memahami talaan artakuz?apakah?oh tidak.aku tak sangka.

    ReplyDelete
  7. haha.. kuih bunuh diri minum racun tu camne?

    ReplyDelete
  8. tuan kelisa:
    hahaha..memangla..hang orang dah kahwin mmg advance dr kami orang bujang...

    yg indah,
    ks memahami talaan artakuz dari segi mereka ada tmpt talaan..bukannya mereka menala sesama mereka hahaha...
    p/s: hang ni suu zan kat org cepat je huhuhu

    insan biasa,
    kuih tu mcm pengat pisang je cuma kuah dia dicampur racun parakuat huhuhu

    ReplyDelete