Semalam itu,
Aku menyertai pertandingan lipat dan koyak
Pertandingan yang mula mula satu pihak melipat kertas,
Kemudian satu pihak yang lain diberi peluang untuk koyakkannya
Dan pihak yang mula-mula diberi peluang untuk melipatnya semula
Semalam itu,
Adalah hari kedua pertandingan itu,
Hari di mana akulah Si Tukang Lipat yang melipat kertas,
Sedangkan pada hari sebelum itu aku adalah Sang Tukang Koyak
Pertandingan yang diadili oleh Sang Pengadil
Semalam itu,
Adalah hari yang ketiga tidurku tidak lena,
makanku tidak enak,
yang ligat cuma berkepul-kepul asap naga
Menggerakkan akal melalikan rasa
supaya kekal berdiri di dunia nyata
Semalam itu,
Adalah pertandingan aku yang sebenar-benar aku
Tidak lagi dipandu oleh sang Raja
Yang selama ini menyediakan aku
Dalam memilih kertas dan teknik lipatan
Apatah lagi teknik koyakan
Semalam itu,
Aku lipat susun elok-elok kemas-kemas kertas itu,
sambil dalam doaku berserah pada Tuhan
sebelum membenarkan Sang Pelawan mencuba nasib
mengoyakkannya sedaya yang mampu.
sambil dalam hatiku percaya pada kebenaran,
Dan semalam itu,
dengan pasrah aku menyusun balik kertas ku
tertanya-tanya akan kesan koyakan
Namun dengan tenang Sang Pengadil berkata
"Usah susun lipat balik,kertas kamu tidak koyak pun"
Aku tersenyum pada Sang Pelawan sambil dalam hati aku berkata
"Nantikan aku di Pertandingan Tikam Lidah minggu depan"
Rasa tak mahu pulang
8 years ago
bahasa ko ni memang menakjubkan la sbs. aku tertanya-tanya ko ni layak ke jadi lawyer ni. ko lebih layak jadi pegawai dewan bahasa la. pegi gantikan pegawai2 skang yang takde telo.
ReplyDeletebiasa la kita tak cukup pengalaman lagi.kita memang fikir kertas kita sudah koyak,walhalkan tidak.takpa, nanti bila kita dah cukup pengalam kita tau la kertas kita dikoyakkan atau dak.
ReplyDeletesungguh dalam sekali... apa yg dalam jangan tanya aku ek... hehe
ReplyDeletedalam pertandingan tikam lidah nanti, tak perlulah ko nak isau sgt ek..lipatlah kertas yang ko persembahkan dengan sederhana tanpa perlu membuat lipatan extra terhadap lipatan tersebut kerana kadang-kadang lipatan extra itulah yang boleh memakan diri ko...be cool..
ReplyDeleteGM,
ReplyDeleteada org bgtau aku hr tu ada org nangis tgk citer papadom... Ekekeke... Sapalah org itu...
-Artakuz-
Artakuz:aku pun tak tau sapala org itu..sungguh sensitif btulla org yg duk menyewa sekali dengan ko itu...hehehehe
ReplyDeletetuan kelisa daratan,
ReplyDeleteloyer juga memerlukan bahasa yg menakjubkan huhuhu
cuma aku rasa aku lagi sesuai jd ketua pembangkang
kalu aku jd pegawai dewan bahasa,aku takut nnt telo aku kejap ada kejap takde huhuhu
tuan yg-indah di hati,
saya setuju dengan anda,
pengalaman yang dicari dan didapati akan mematangkan kita...
dengan kematangan kita bukan sahaja tahu saksi kita koyak atau tidak,malah kita mampu mengoyakkan saksi lawan dengan sekadar renungan mata huhuhu
tuan insan biasa power,
hahaha..aku tahu ko tahu apa yang "dalam" hahaha..aku tahu ko tahu segala-gala "dalam" huhuhu
tuan Golongan x gigolo marhein,
dengan izin tuan,
trimas atas nasihat tuan..
makasih atas peringatan tuan,
aku sedang bersedia untuk Pertandingan Tikam lidah pulak...
Tuan Artakuz,
hahaha..kan aku dah kata dia itu bukan nangis..kan aku dah kata dia hanya mata berkaca sahaja..
mata berkaca dan nangis ialah 2 laku yg berbeza..silap guna boleh kena saman defamation tau huhuhu
sorry GM,aku dah kata mata berkaca saja..tp artakuz ni saja nak laga-lagakan kita