Monday, October 19, 2009

Aku dan Hikayat Lelaki itu

Lelaki ini hanya ada satu beg kecil. Hanya muat satu barang
Dulu dia ke hulu ke hilir memuatkannya dengan cintanya
untuk berhadapan dengan dunia
dunia yang miskin cinta
lantas di herdik tiada wawasan dan halatuju
Dan akhirnya dia rasa dia gagal

Kemudian dia tinggalkan cintanya di rumah
Digantikannya dengan nafsunya
Dengan nafsunya dia berhadapan dengan dunia
Dunia yang juga penuh dengan nafsu

Namun dia juga gagal
Kerana akhirnya dia sedar
nafsunya tidak sebesar nafsu mereka

Dan dia pulang ke rumah
dengan muka yang tidak bermuram langsung
Bahkan dengan muka berseri-seri
Untuk membawa kembali cintanya
Kerana dia tahu cintanya adalah cinta yang besar
Semoga dia berjaya!

7 comments:

  1. best gila yg ni di.mcm2 perasaan aku alami bila baca.mmg best.hg mmg berbakat la.

    ReplyDelete
  2. laaa...hg br tau ka?aku dah lama tau SBS ni berbakat besar..nampak muka je ganas, tapi very sentimental en SBS kita ni...bagus2..

    -CM-

    ReplyDelete
  3. kali pertama aku baca, aku rasa aku tau apa yang SBS nak cakap. kali kedua baca, blur. kali ketiga baca, kejap blur kejap terang.
    sampai aku menulis komen ni, aku masih lagi meneroka maksud tersirat dalam tulisan ni. hebat betui la metafora SBS ni. huhuhu

    ReplyDelete
  4. beli la beg besar sket..

    aa

    ReplyDelete
  5. yg indah x best,
    memang aku buat blog ni nak bg hang rasa best huhuhuhuhu..

    tuan CM roi,
    memang aku muka ganas paling handsome hahahaha

    tuan kelisa_kenadera,
    pakket memang suka metafora,sbb dia suka berteka-teki dan sembunyi dan tido..
    aku tak berapa suka metafora sbb aku berckp tak belit-belit..dan org tak berapa paham..
    aku bermetafora kali ni sbb aku ingin meluahkannya,spy diri terasa lega
    namun aku tidak ingin difahami..

    insan biasa roi jr,
    selamat kembali mendalami koi!

    puan aa,
    bestnye kalau dapat hadiah beg besar ada cop hospital huhuhuhuh

    ReplyDelete
  6. Kata2 yg indah dan puitis adalah lebih mahal harganya daripada sebiji diamond 1 carat, VSI/F color..because words will never be forgotten in our heart..it leave big impact..

    p/s: nak shopping tudung, jemput masuk blog saya..

    ReplyDelete