Tuesday, February 9, 2010

Aku dan Ketam Masak Lemak Cili Api

Tanpa makna tersirat, aku memang suka makan Ketam Masak Cili Api.

Mungkin ianya adalah senarai pertama lauk kegemaran aku.

Dan apabila berkesempatan masa dan kemampuan, aku memang tidak melepaskan peluang untuk merasa Ketam Masak Cili Api di mana-mana bila-bila dalam pencarianku untuk yang tersedap.

Dan dengan kesempatan masa itu, aku rela menjelajah ke serata tempat untuk mencuba khabar-khabar yang yang begitu mengujakan walaupun dalam kebanyakan masanya adalah khabar-khabar yang mengecewakan indah khabar dari rasa.

Dan dengan kesempatan kemampuan itu, aku rela memesan dengan menutup mata akibat daripada harganya yang agak mahal menipiskan poket itu walaupun dalam kebanyakan masanya aku dikira beruntung jika dapat makan nasi dengan kuahnya sahaja daripada hanya mampu mencium baunya sahaja.

Dan aku memang tidak pernah memasak sendiri Ketam Masak Lemak Cili Api ini walaupun aku agak biasa memasak sendiri Udang Masak Lemak Cili Api. Bukan sebab kesukaran untuk mendapatkan ketam mentah tapi Ketam Masak Lemak Cili Api ini dalam anggapanku adalah suatu masakan yang amat istimewa. Tentu sahaja aku tidak ingin rosakkan keistimewaan tersebut dengan wujud sekelumit perbandingan tentang hasil air tangan aku yang sudah tentu sedia ada mengikut citarasa aku yang amat rumit ini.

Dan aku terus gigih dalam usaha mencari Ketam Masak Lemak Cili Padi tersedap!

Penantian aku selama ini mungkin hampir berakhir. Baru-baru ini aku telah terjumpa Ketam Lemak Cili Padi yang sedap. Kesedapan yang mengujakan! Lemaknya kuah selemak rasa, manisnya isi ketam semanis rupa, sedapnya menjilat jari..
Kalau aku wanita pun tentu aku akan kahwini tukang masak masakan itu!

Apapun, terima kasih atas Ketam Lemak Cili Api itu..


5 comments:

  1. sama la.aku pun minat juga.tang mana yg sedap tu.kirim la kat aku sikit

    ReplyDelete
  2. tuan yg indah,
    lagi sedap kalau memang masakan tu dimasak khas untuk hang..tunggu no..huhuhu
    bila hang nak mai kl?
    asyik mai kl antar kereta ja..tu pun mai masa orang lain balik kg..huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. Di sini, orang tempatan tidak pandai memakan ketam. Ketam2 hanya dibeli oleh orang dari negara asing. Sewaktu membelinya mereka orang2 tempatan melihat dengan pelik dan kadang2 berkata, "saya sangat ingin memakan ini, tetapi saya tidak tahu bagaimana cara memasaknya. Bagaimana anada memasaknya?"

    ReplyDelete
  4. tuan ks,
    kat sesyen 1 wangsa maju,depan alpha angle..
    tp tukang masak tu ikut mood..kdg2 je ade..
    aritu aku tapau mkn kat titiwangsa..
    kalau hang bwk bini ngan anak hang boleh kita berkelah sekali...huhuhu

    tuan nafastari,
    adakah dengan sbb yang sedemikian mybbkan ketam jadi mahal?atau makin murah..
    kalau murah beruntungla saudara..
    esok balik raya cine,teringin pilih ketam di Rhu Sepuluh..huhuhu

    ReplyDelete