Wednesday, January 27, 2010

Aku dan Laman Maya ku

Sudah kira-kira sebulan setengah laman maya aku ini kaku begini.
Tidak diusik mahupun diusap apatah lagi dikendong
namun ianya masih kekal begini seperti dulu
dan masih setia begitu

Kalaulah laman maya ini adalah laman nyata
Sudah tentulah lalangnya sudah setinggi dada
Dihuni makhluk bisa dari pelbagai lapis alam
yang mencari peluang dari dinihari subuh hingga ke pekat malam

Kalaulah laman maya ini adalah seorang wanita
Sudah tentulah rasa dia itu sudah menipis kulit bawang
dihembus rasa was-was dalam sebuah perhubungan
bagai retak menunggu derai

Syukur sekali laman maya ini adalah sebuah laman maya
tiada jiwa raga apatah lagi rasa
untuk cemburu mahupun kecewa
setelah diabaikan sebegini lama.

10 comments:

  1. SBS,

    Hg ni sama mcm Yg Indah lama gler tak update blog ni...

    Tp aku faham,

    Hg laa ni sibuk dgn kepelbagaiaan...
    Malam2 sibuk dgn "meeting"...

    Aku faham suma tu... Hehehe...

    -Artakuz-

    p/s: Tahniah buat KS atas kelahiran cahaya matanya yg pertama, semoga semuanya dikurniakan kesihatan yg baik...

    ReplyDelete
  2. hg sekarang sudah pandai ilmu wanita/perempuan.pengalaman sudah banyak agaknya.

    ReplyDelete
  3. sekarang SBS makin bz...bz dengan keje, bz dgn komitmen ehem2...hehe..

    ReplyDelete
  4. tahniah pada SBS. dia sudah ada 'komitmen' lain, sebab tu dia tak peduli dengan laman maya lagi.

    ReplyDelete
  5. Tuan Artikus,
    aku pun baru perasan aku lama tak update..
    aku rasa blog aku ni rosak kot..
    aku update tp dia tak ter'update'
    ke aku update dalam otak je huhuhu..
    p/s:kalau hang paham sgt tolongla basuh dan jemur baju aku huhuhu..

    Tuan Yang Indah,
    sila beri tunjuk ajar sifu ked!
    p/s:lps ni aku nak belajar ilmu rumahtangga dari sopi..skali ngan ilmu lelaki huhuhuh..

    tuan GM,
    komitmen yang mereka mahu,komitmen yang kita beri..
    betul tak Jo?
    p/s:anak hang tak minta komitmen pun hang kena beri jugak.

    Tuan Ks SUK,
    aku akan cuba ikut resmi hang..walau sebanyak mana komitmen,laman maya takkan dilupakan..
    p/s:tahniah atas komitmen baru hang..hang bagi nama apa?

    ReplyDelete
  6. aku takut kalo aku taruk nama tu nanti dia pegi perbarisan hari kemerdekaan sambil pakai baju penguin.

    -kelisa

    ReplyDelete
  7. Woit! KS,

    Demi semangat kebangsaan Yang Indah g beratur pagi2 tau... Hg jgn buat leceh...

    Sabar ked noo, diorg suma dengki tak dapat pi tu...

    Hehehe...
    -Artakuz-

    ReplyDelete
  8. tuan ks,
    hahaha..aku tak tau pun dia camtu..kalau aku tau lama dah aku tak kawan
    nasib baik takde gmbr dia pakai baju peguin tu..kalau tidak......huhuhuhuhu
    p/s:jgn marah no ked..aku gurau sembang ja

    tuan nal,
    demi semangat kebangsaan kita tidur mimpi buat perbarisan sama-sama ngan pakked pagi tu huhuhu

    ReplyDelete