Tuesday, February 23, 2010

Aku dan Mimpi Mainan Tidur

Aku rasa sudah berpuluh-puluh manusia datang bertanyakan kepada ku untuk menafsir mimpi mereka sejak 2 tahun lalu.Aku pun agak hairan bagaimana ianya bermula..adakah muka aku ini muka penafsir mimpi..aku selalu gelak sendiri bila memikirkan perkara ini.

Aku pula bukannya seorang yang pernah belajar ilmu tafsir mimpi dan aku sebenarnya tidak tahu langsung cara mentafsir mimpi. Pendek kata aku sebenarnya tiada beza dengan mereka yang bermimpi itu.

Walaupun begitu, tidak dinafikan aku adalah seorang pendengar yang baik.Dan sememangnya mereka yang bermimpi memerlukan seorang pendengar yang baik untuk berkongsi mimpinya dan meredakan keluh resah hatinya. Meluahkan kegusaran hati akibat daripada mimpi itu sebenarnya telah menyelesaikan separuh masalah mereka.

Dan aku pun sebenarnya bukan mentafsirkan mimpi mereka pun. Aku dalam kebanyakan masa memberi pandangan aku tentang mimpi mereka berdasarkan masalah yang mereka hadapi dalam kehidupan mereka.

Dan mereka selalunya berpuas hati dengan pandangan aku tentang mimpi mereka dan nasihat aku tentang tindakan lanjut yang perlu mereka lakukan selepas ini.

Dalam kebanyakan nasihat aku, selalu aku nyatakan secara tidak langsung bahawa mimpi itu adalah mainan tidur.

Dan mimpi itu adalah mainan tidur semata-mata..
Sabtu lepas dalam tidurku aku bermimpi bahawa pengisar aku yang sudah rosak 3 bulan lepas sudah elok kembali..

Dan setelah aku bangun, aku mencubanya..memang benar pengisarku telah elok kembali!...

Dalam hati mengucapkan beribu-ribu syukur kegembiraan, diselangi getusan di jiwa yang berkata "Memang mimpi adalah mainan tidur..Tanpanya, tidur kita akan kebosanan tanpa warna-warni asam garam permainan"

Dan aku juga gembira kerana mimpi aku tidak berbelit-belit untuk ditafsirkan!










4 comments:

  1. Errrrmmm...

    Kat umah kita ada pengisar ke di? Kalau ada, bila pula rosaknya... Ish2... Ni mst sbb hg dah jarang2 guna pengisar tu... Hehehe...
    -Artakuz-

    ReplyDelete
  2. mat Nal,
    aku rasa kita duk berdua dah 2 tahun..
    aku rasa sejak aku beli blender 1 setengah dulu,aku tak pernah ubah kedudukan mesin pengisar tu kat sebelah rice cooker tepi tv tu..
    bekas pengisar tu aku selalu letak belakang mineral pot sebelah peti sejuk tu..
    lps pakai kisar buah ke,cili kering ke aku selalu rendam tepi sinki tu..
    aku pun pelik...ke hang tak tau pengisar tu adalah blender huhuhuh

    ReplyDelete
  3. hg kena bawak nal ni pi jalan2 d supermarket dan tengok apa itu pengisar.tula hgpa asyik kerja ja,xmau pi jalan2 sama2.

    ReplyDelete
  4. yg indah,
    enal skang bini dia paksa dia baca novel omputih..pastu bila balik tangkak sblm tdo dia kene cerite balik novel tu..huhuhu
    p/s:nal aku buat lawak ja..jgn marah no..huhuhu

    ReplyDelete