Monday, December 14, 2009

Aku dan Hikayat Lauk Sayur

Si Nasi itu mengangkat muka sayunya sambil mengerdipkan mata kuyunya sambil dalam hatinya menyesali perbuatan lalunya dengan mengulang kata-kata "kalaulah" bersambung-sambungan tidak putus-putus.Semalam, sehari suntuk dia memikirkan jalan dan cara untuk memulihkan keadaan dan setidak-tidaknya melepaskan diri.
Namun malam tadi perkara itu berterus-terusan menghantui dirinya terbawa-bawa dalam mimpinya.
Dan dia bermimpi dia menjadi lauk sayur.

Dengan sisa ego yang masih berbaki dalam lubuk hati kanjinya, Si Nasi itu cuba mengumpul kembali keyakinannya dan berkata,

"Semalam Liverpool lauk dengan Arsenal, tapi takkanlah aku akan jadi lauk. Sekali aku lahir dari golongan Nasi Yang Mulia, sekali itu juga aku akan mati sebagai Nasi Yang Mulia"

"Memang kesalahan dan kesilapan aku itu amat berat tidak boleh diterima akal. Tapi mustahil aku akan jadi lauk!"

Si Nasi menarik nafas sambil menyambung bebelan memotivasikan dirinya,

"Semalam Liverpool sayur dengan Arsenal, tapi takkanlah aku akan jadi sayur. Sekali aku lahir dari golongan Padi yang Terutama, mustahil aku akan mati sebagai sawi yang hina terkutuk."

"Walau sehina mana kejahatan yang aku buat,walau seteruk mana kesan keburukan yang aku hasilkan, nasi tidak akan sekali-kali menjadi lauk"

Si Nasi itu menghembuskan nafasnya perlahan-lahan tanda kelegaan yang amat setelah kata-kata semangatnya itu berjaya menjustifikasikan segala kekurangan akibat kelemahan dirinya.

Memang, pantang bagi Si Nasi atau sesiapa sahaja di dunia ini untuk dianggap sebagai lauk
Juga pantang untuk disamakan dengan sayur.
Apatah lagi lauk sayur!



Namun hukum alam tidak pernah berdusta.
Memang nasi tidak akan menjadi lauk
Memang nasi tidak akan menjadi sesekali menjadi sayur.
Dalam keegoan dan kealpaan Si Nasi tidak sedar diri itu, tidak pernah menyangka bahawa dirinya telah menjadi bubur!

12 comments:

  1. dan aku teringat rakan kita yg suka makan sup sayur. adakah dia lauk atau sayur?

    ReplyDelete
  2. bubur nasi sangat mahal dari nasi putih.dari satu sudut, jadi bubur satu kelebihan.

    ReplyDelete
  3. tuan ks,
    hahaha...aku ingat lagi dia mkn sup syur sbb nak diet konon tp pas tibai sup sayur tu dia mengadu kat aku lapar..
    aku pun kata kat dia kalu mkn sup sayur 2 bungkus baik takyah makan sup sayur..baik makan nasi...
    p/s:dia bukan lauk sayur ke?

    tuan yg indah,
    adakah mahal itu satu kelebihan,
    aku ingatkan mahal itu satu kekurangan..

    ReplyDelete
  4. KS:awak pun masih ingat pada dia?tentu dia pun ingat pada awak..

    SBS: sup sayur untuk kesihatan. Mungkin dia makan dua bungkus sebab nak betul2 sihat.
    p/s: atau dia sebenarnya nasi yang dikelilingi oleh lauk pauk?

    yg indah: lagi best makan bubur mcD..

    ReplyDelete
  5. bubur kat taman melawati tu lg best rasanya.tapi sambil mkn nampak tikus ekornya besar ibu jari aku.badan tak payah cakap la besar mana.hg ingat dak di?sebab kita 2 ja yg nampak tikus tu.sopi asyik kata sedap-sedap saja.

    ReplyDelete
  6. sekali makan saja sedap. kali kedua dah tak sedap dah. tapi suasananya mmg menarik la. lepas makan bubur main snuker. takde keja lain.

    ReplyDelete
  7. tuan GM,
    sbb tu la hang sihat la ni...huhuhuh
    p/s:dia skrg ada lauk kerabu kelantan hahaha

    tuan yg indah,
    haah aku ingat...smp skrg aku masih lagi pi mkn sana sekali sekala..mmg masih sedap mcm dulu..tikus2 pun makin gemuk..depa rindu kt hang huhuhu...
    p/s:sopi penggeli orgnya..kalu dia nmpk tikus tu sure dia muntah...

    tuan ks,
    mmg suasana kt situ menarik..tikus2 besar2 hahaha..
    p/s:main snuker aku tak penah join..

    tuan GM,
    bukan ke hang ngan ks dah main snuker yg lg best?huhuhuh

    ReplyDelete
  8. Sukar aku menelah maksud sebenar kamu di entri ini...

    dan SBS, bukan aku tidak ingin menjemput kamu lebih awal menjadi pembaca blog aku, tetapi aku tidak menjumpai alamat emel kamu. Tetapi selepas kamu menambahkan aku sbg kawan dalam FB baru aku menjumpai emel kamu.

    Selamat terus menulis dan selamat tahun baru ma'al hijrah.

    ReplyDelete
  9. tuan nafastari,
    terima kasih kerana menjemput sy dalam jemputan blog saudara huhuhu..
    mula-mula sy rasa sy boleh bertahan apabila tidak dapat membaca blog saudara,
    tp pada akhirnya sy rasa seperti hilang arah huhuhu..

    untuk entri ini,keyword yag perlu difahami ialah
    "lauk" dan "sayur"
    lauk dan/atau sayur boleh ditakrifkan sebagai;-
    i)panggilan pada seorang yang sifatnya "loser"
    ii)panggilan/ejekan untuk merendahkan taraf
    seseorang
    iii)untuk menggambarkan bahawa seseorang itu dalam masalah atas perbuatannya

    contoh penggunaan ayat;
    1)"kau ni sayur la",kata Ahmad kepada Ali selepas Ali kalah 10 kali berturut kepada Ahmad dalam permainan badminton tanpa mendapat sebarang mata pun

    11)kau ni lembik,sayur,lauk

    111)"habisla aku kali,lauk la aku"..kata ali selepas perbuatannya mencabul minah diketahui oleh ayah said

    huhuhu..itu sahaja..

    ReplyDelete
  10. GM: sup sayur meman sihat, jika sayurnye betina, tetapi ni sayur jantan (sebab ade telur iaitu pecah telur mase sup panas2), so sihatnya sup sayur itu boleh diragui... mujur sup sayur jantan itu tak senak ketika tuan menggigit telurnya...

    ReplyDelete
  11. memang benar, aku pernah melihat GM menggigit2 manja telur sayur.

    ReplyDelete