Tuesday, September 29, 2009

Aku dan Sesalan yang ditangisi

Aku renung monitor itu dalam-dalam jauh-jauh dengan pandangan layu sepasang mata yang sukar dikerdipkerlipkan seperti menyesali sesuatu.

(Dalam hidup ini, sesalan atas sesuatu yang kita lakukan sebenarnya sama sahaja dengan sesalan atas sesuatu yang tidak kita lakukan.) Kata hikmah Ar Rais no 1

"Eh, bulan September ni baru satu entry aku tulis"

Monologku dalam sepi sambil mengelap hidungku yang agak berminyak dengan agak tidak bersungguh-sungguh.

Lantas aku dengan tenang mengimbau perjalanan hidupku sebulan ini dalam mencari-cari jawapan bagi persoalan yang mungkin bagi sesetengan manusia adalah remeh.

(Dalam hidup ini, kita manusia hendaklah terkadang mengambil berat akan perkara remeh. Kerana yang sedemikian akan menyempurnakan dan menambah warnaperisa hidup kita) Kata hikmah Ar Rais no 2

"Oooo rupanya bermulanya September ini dalam bulan puasa."

Rupanya aku kepenatan di bulan puasa. Kepenatan akibat lapar dan dahaga di siang hari dan kepenatan akibat kekenyangan di malam hari. Jadinya tiada masa aku tidak berpenat-penatan. Dengan penat datangnya kemalasan dan dengan kemalasan datangnya ketiduran.

_____________________________________________________________________________________


Aku renung monitor itu dalam-dalam jauh-jauh dengan pandangan layu sepasang mata yang sukar dikerdipkerlipkan sebagai tanda menyesali sesuatu.

(Dalam hidup ini, sesalan adalah suatu tanda kita tidak akan mengulanginya lagi dan telah mengambil pengajaran daripadanya) Kata hikmah Ar Rais no 3

"Eh, bulan Ramadhan lepas, berapa hari aku pergi terawikh..banyak pergi ke banyak tak pergi"

"Tadarus aku berapa juzuk..ke berapa helai je"

Monologku dalam sepi sambil menggigit hujung kukuku yang suam-suam yang seingat aku baru semalam ku potong rapi.

Lantas aku dengan tenang mengimbau perjalanan hidupku sebulan ini dalam mencari-cari jawapan bagi persoalan yang mungkin bagi sesetengah manusia adalah sunat sahaja.

(Dalam hidup ini, kita manusia hendaklah terkadang mengambil berat akan perkara sunat. Kerana yang sedemikian akan menyempurnakan lagi ibadah wajib kita dan menambah keimanan kita) Kata hikmah Ar Rais no 4

"Oooo rupanya bermulanya Ramadhan ini dalam masa aku amat sibuk."

Rupanya aku amat sibuk bulan Ramadhan itu. Bersibuk-sibukkan akibat merancang cuti raya yang lama.

"Hahaha.."

Aku ketawa sekuat hati sampai terkeluar air mata

Ketawa bukan kerana gembira, juga bukan kerana lelucuan.

Aku ketawa kerana kebodohan aku..Kebodohan mengikut hawa nafsu dan kealpaan dalam cubaan duniawi sehingga aku terlupa merebut kemanisan Ramadhan itu, sehingga aku ini tergolong manusia yang tidak bersyukur.

Aku tarik nafasku panjang-panjang kuat-kuat dan ku lepaskannya lebar-lebar perlahan-lahan.

Ya Allah, aku sungguh menyesal kerana tidak menjemput Ramadhan-Mu dengan penuh kehangatan dan kemeriahan hati..
aku sesungguhnya berjanji pada masa akan datang tidak akan menyebabkan diriku ini menyesali lagi kepemergian Ramadhan-Mu seperti tahun ini
Maka aku mohon kepada-Mu, temukanlah aku dengan Ramadhan-Mu lagi, semoga hidup aku lebih diredhai dan diberkati
Amin.

8 comments:

  1. lama betui tak masuk entri. rindu dah aku kat hang. setiap kali entri mesti entri bermutu punya.

    ReplyDelete
  2. rupanya ramadhan menjadikan hang seorang ada banyak kata hikmah. aku suka ramadhan, antara sebabnya ialah tak perlu hisap rokok siang hari.Mungkin ini nampak remeh bagi org lain, tapi bagi aku amat besar maknanya

    ReplyDelete
  3. tuan ks:
    tu la sbb aku tulis entry ni..kira mcm bagi alasan la
    kalau rindu buatla open house..nanti aku pergi..sediakan tempat tido skali huhuhu

    p/s: aku masih lagi setia dengan gaya,mutu dan keunggulan hahaha

    tuan yg indah,
    kata-kata hikmah aku tu aku tuju khas buat hang..

    aku suka ramadhan sebab hang tak perlu isap rokok di siang hari..memang aku tahu besar makna pada hang


    artakuz,
    aku sedih memikirkan ramadhan depan..entah kita duk serumah lg ke tak...

    ReplyDelete
  4. SBS,

    Walau tidak serumah lg, persahabatan tdk kan terputus...

    -Artakuz-

    ReplyDelete
  5. artakuz

    persahabatan memang takkan terputus, tapi tali leher hang yang dirembat oleh SBS boleh putus kalo dia pakai kerap2.

    ReplyDelete
  6. KS,

    Berbicara ttg tali leher, smpai la ni aku rs tali leher aku tak pernah cukup... Kenapa eh?
    Hehehe...

    -Artakuz-

    ReplyDelete
  7. tuan ks,
    hahaha..aku akan putuskan leher dia dulu sebelum memutuskan tali leher dia (ganas x huhuhu)

    artakuz
    bukanke ko bwk balik tangkak buat ikat bini ko huhuhuh (sadis x huhuhuh)

    ReplyDelete