Dia Orang Belah Sana,
Yang pantainya banyak ikan belacak membuat buih
yang terkadang buih itu hanyut dek suam-suam kocak anak ombak
yang tidak sabar-sabar mahu memecah pantai
menunggu ihsan bulan air kan pasang
bersama bau hanyir masam kusam
Dia Orang Belah Sana,
Yang ketam kecil sebesar ibu jari bebudak merah menyala
menari-nari bawah akar bakau yang berjerangkung
atas hamparan pasir selut kelabu kehitaman
tiada beza dengan kumbahan
Dia Orang Belah Sana,
Yang aku pimpin ke Pantai Bari,
menghapuskan segala mimpi ngeri
yang ada hanya yang indah-indah sahaja,
menyulam bahagia bersama harapan,
secerah suria yang bakal terbit
di sebelah sini.
Pantai Bari,14/06/2010
Rasa tak mahu pulang
8 years ago
pantai Bari tu yg kita pi dgn dgn cokoi dgn sopi tu kn?
ReplyDeletepantai tu cantik. mungkin sebab org susah nak pegi, lagipun kawasan tu tak boleh mandi. senang utk dibuat tempat beromen oleh muda mudi.
ReplyDeletesaudara yg indah,
ReplyDeleteyg kita pegi dulu tu Pantai Bukit Keluang..yg ada gua-gua tu..yg ni pantai kat setiu..ada bukit-bukit juga...
saudara kelisa,
yg takleh mandi ialah pantai Air Tawar..tmpt kita makan cendul tapai kedai belalai sahaja termasuk belalai koi huhuhu..
Yg Indah & Kelisa, SBS lupa nak bgtau Pantai Bari itulah kampung aku! Woit, bakpe dok singgoh dumoh, nok kenal jugok kakok ipar!
ReplyDeletesaudara nafastari,
ReplyDeleteyg indah & Kelisa,ni baru nak bagitau,Pantai Bari tu kampung tu kampung nafastari..cantik pantainya dan masih dara..
masa kecil,aku sekeluarga selalu pergi berkelah ke situ dengan membawa selimut untuk menangkap udang bari..iaitu udang halus yg dibuat udang kering.
saudara nafastari,aku nak sangat singgah umah mu, dulu untuk edar kad kawin juga sekarang bawa 'mengenal'tp masing tak berkesempatan dengan masa mu pulang ke m'sia..
kalo pantainya masih dara, tak elok dibawak bini ke situ. nanti bini jeles.
ReplyDeletedah nak masuk 2 bulan dah ni sedara. bila nak apdet?
ReplyDelete