Monday, July 12, 2010

Kedamaian dan Harganya

Aku hembus perlahan-lahan panjang-panjang. Asap itu terkena pagar batu terpantul mengenai bunga kuning bunga negeri Terengganu itu yang aku sudah lupa nama panggilannya apatah lagi nama saintifiknya yang ntah apa apa ntah. Masih menitik air dari hujung dedaunnya akibat embun ataupun air jirusan yang dijirus oleh tukang kebun mahkamah dengan menggunakan salur getah warna kuning yang aku perhatikan tidak mudah berselirat walaupun salur getah yang aku beli di kedai belakang pasaraya Ong tai Kim amat mudah berselirat dan berlipat dan tidak mesra pengguna yang menyebabkan aku membeli salur getah berwarna hijau seminggu kemudian di kedai sebelah kedai terdahulu.

Sesekali lagu mendayu-dayu meleleh-leleh jiwang karat dari bonet belakang kereta iswara hijau yang pada tekaan aku milik seorang kerani kaunter pendaftaran yang aku sudah lupa samada hasil karya Eddie Hamid atau Shaari Amri kedengaran dengan jelas seolah-olah mahu mencabar aku menyambungkan rangkai kata rangkap liriknya seolah-olah tahu aku ini susah dan payah menghafal lirik dan kebanyakan lagu yang aku nyanyikan hanya sama dari segi melodinya yang rata-rata liriknya aku reka sendiri.

Jam baru 10.30 pagi. Kerani itu besiul-siul mengikut melodi lagu sambil mengelap keretanya yang sudah terbuka keenam-enam pintu sambil diperhatikan oleh pengawal keselamatan yang termenung panjang mengulum rokok yang tidak dinyalakan sepanjang 15 minit tadi. Nampak gaya macam menunggu tukang kebun menghabiskan kerja-kerja menyiram pokok bunga untuk dia menunggu giliran menggunakan salur getah kuning tersebut untuk dia menyiram bekas-bekas lumpur yang terpalit di tingkap belakang keretanya hasil dari tapak kaki kucing.Tidak tahu dia nak meminjam salur getah itu ataupun tukang kebun itu yang meminjam salur getahnya.

Semuanya semacam bergerak dalam gerakan perlahan. Kenderaan lalu lalang juga boleh dibilang jari. Bunyi burung berkicau amat jelas mendamaikan. Alangkah tenangnya suasana di pekan kecil sebesar pekan Kuala Kubu Bharu ini!

"Ada kes ke?"

Aku menyapa seorang pemuda yang baru lepas memulangkan pemetik api aku yang dipinjamnya setelah aku hulur pemetik api aku apabila aku lihat dia meraba-raba poket seluar dan bajunya berulang-ulang kali sedangkan rokok sudah dibibir.

"Dah.bayar denda." jawab pemuda itu cepat-cepat dengan tersenyum hingga menganggu aturan nafasnya juga menyedari dia belum berterima kasih pada aku

"Salah apa?" tanyaku ringkas tanpa memandangnya.

"Potong double line" jawabnya juga tanpa memandangku

"Potong apa?"tanyaku lagi.

"Tak potong apa. Mengelak tahi lembu atas jalan" jawabnya sambil beredar dengan muka yang kelihatan agak sayu.

4 comments:

  1. marah koi kalau dia baca ni.hg tulis pasal kg dia.bila yg hg p mahkamah kt kg koi?

    ReplyDelete
  2. that is what we call a grey area in law. ataupun sebenarnya kerajaan nak mengelabui duit kita?

    ReplyDelete
  3. saudara yg indah,
    i quote :

    "kelisa_samudera said...

    yg indah : dia mmg macam tu. sejak azali lagi dilahirkan tanpa ada pembangunan."

    Tarikh:30 June 2010
    Tajuk Entry:Pada mulanya ia tidak perlu
    Penulis:kelisa_samudera

    hahahha...aku pun akan jawab macam tu jgk hahaha

    saudara kelisa,
    mungkin kelabu mungkin kadang2 putih kadang2 hitam..akhir2 ni byk speed trap dan ntah apa-apa trap nak amik duit rakyat

    saudara nafastari,
    mmg bodo..takde perikemanusiaan langsung..bukannya duit dapat kat dia pun..mgkn polis tu harap org tu 'hulur' untuk lps malangnya org tu pula buat 'dek' je

    ReplyDelete