Wednesday, January 27, 2010

Aku dan Laman Maya ku

Sudah kira-kira sebulan setengah laman maya aku ini kaku begini.
Tidak diusik mahupun diusap apatah lagi dikendong
namun ianya masih kekal begini seperti dulu
dan masih setia begitu

Kalaulah laman maya ini adalah laman nyata
Sudah tentulah lalangnya sudah setinggi dada
Dihuni makhluk bisa dari pelbagai lapis alam
yang mencari peluang dari dinihari subuh hingga ke pekat malam

Kalaulah laman maya ini adalah seorang wanita
Sudah tentulah rasa dia itu sudah menipis kulit bawang
dihembus rasa was-was dalam sebuah perhubungan
bagai retak menunggu derai

Syukur sekali laman maya ini adalah sebuah laman maya
tiada jiwa raga apatah lagi rasa
untuk cemburu mahupun kecewa
setelah diabaikan sebegini lama.